G T B

GTB Members

Monday, 30 May 2011

Kayuh Amal Bukit TOKUN, Bukit Mertajam. 29 May 2011

Kayuh Amal Tokun , Bukit Mertajam 

Tarikh : 29 MaY 2011
7.00 Pagi Berkumpul di Caltex Jalan Tengah, Bayan Baru 
7.30 Pagi Bertolak ke Tol Jambatan
8.00 Pagi Berkumpul di Tol Jambatan dan terus bertolak ke Taman Jambu
Machang Bubuk
830 pagi Tiba di Taman Jambu Machang Bubuk,Bukit Mertajam
Sarapan Pagi
Penyerahan Sumbangan kepada Ibu Tunggal
9.00 pg Berkayuh ke Cherok Tokun , Bukit Mertajam
12 tgh hari : Makan Tengah Hari


Seramai 44 riders GTB yang di ketuai oleh President GTB @ Pengrusi Komuniti  1 Malaysia,  sendiri menyertai Kayuhan Amal ini. Kayuhan Amal ini bertujuan memberi bantuan kepada golongan yg kurang berkemampuan di Kawasan Taman Jambu Bukit Mertajam.. Sumbangan merupakan beras dan barang2 dapur .  



Penyerahan hamper dan beras


Selepas penyerahan.. ape laa berkayuh laa ... 





kak ros n huby pun join gak.. ;)



pic kat bukit tokun tak diambil sbb aku tak kayuh ari tue.. jd pemerharti jaa











Kayuh Santai Malam Mengelilingi Pulau Pinang 21 May 2011

Assalamualaikum, Tidak di jangka Kayuh malam memang mendapat sambutan yang tinggi. seramai 64 riders dan 7 org marshall menyertai kayuhan kali ini.  Kayuhan ini di anjurkan oleh GTB club sendiri yang terdiri daripada gabungan Group GTB, PMA,WD,MayGet dan Lone Rider.  Kayuhan bermula dari Maybank Balik Pulau dan berkayuh ke Teluk Bahang untuk  mengelilingi Pulau Pinang.. 


berhimpun di hadapan MayBank Balik Pulau
 ade briefing dari pada bro Ann from GTB kat sungai Pinang.
 sempat lg bergambar ni ;)

 ntah ape la yg dia tunjuk pun tak tahu lee. kalu le aku ikut cakap dia ari tue. tak patah la bahu aku



 chek point pertama.. atas bukit teluk bahang

 wajah beskalku sebelum bengkok dan jatuh.. ermm sedey
 check point kedua. Dam Teluk Bahang

 biasalaa. kat mana berhenti kat situ la nak ambik gambar..

 berhenti seketika di Kedai Nasi Kandaq Teluk Bahang ;)

 Check Point ke 3. Batu Frenggi. Seramai 12 Rider dari batu Feringgi Join berkayuh gak.
 Dua jockey teluk Kumbar. Rahmat dan Pak Kolan
 Check Pon Ke empat. Gurney Drive. 
 dia ni memanjang je tunjuk perut


 Check Point Kelima.. Padang Kota Lama.. 
 alahai anak sapa ni.. kesian tgk
 Time ni kurie tgh bg ucapan dan penerangan tentang kutipan Derma kepada mangsa Timbunan Tanah runtuh di Selangot

 gambar terakhir sebelum aku kemalangan . gatai sangat dok cucuk angin group2 PMA. 
tp ade gak geng MTB yang  kayuh tak ikut law mcm aku. tp nasib malang menyelebehi ku





Selamat laa misi kat hospital pantai cun2 belaka. lepa ni la dok bg penyeri n semangat suruh tahan sakit... 
 sempat lg peace. ermm ;) 
ni la akibatnya.. Aku jatuh dan patah  3 tulang  bahu kanan... Operation bubuh 4 skru dan 1 plat titanuim.. harap harapm bulan depan leh kayuh balik.. Rindunya aku kat beskal...

Tuesday, 24 May 2011

★★★ RENUNGAN SEKETIKA ★★★FROM BRO ADROS

Salam buat semua member GTB dan sahabat2 lain. Selepas insiden yg x diingini berlaku kepada salah seorang sahabat kita, saya rasa sudah tiba masa nya kita buat sedikit 'post mortem' tentang aktiviti group kita tentang ciri2 keselamatan. Secara ringkas antara aspek2 yg perlu kita bincangkan dan implementasi yg perlu d laksanakan adalah:
➽ Kelengkapan pertolongan kecemasan ( First Aid Kit)
➽ Wakie Talkie ( Alat komunikasi yg penting ), selain dari mobile phone
➽ Mengenal pasti ahli atau rider pada hari tersebut yg mempunyai latar belakang pertolongan kecemasan
➽ Disiplin waktu riding
➽ Pemeriksaan sistem brek dan lain2 sebelum memulakan kayuhan 
➽ Pemeriksaan topi keledar sebelum mula dan turun bukit
Marilah kita sama2 berkongsi pendapat, kepakaran,pengetahuan bagi memastikan ahli GTB berada didalam keadaan berwaspada dan selamat bagi setiap sesi kayuhan. Ini cuma cadangan saya saja. 
Kalau sahabat2 yg lain rasa ini patut dilaksanakan,saya serahkan kepada sahabat2 yg lebih arif untuk mengusahakan nya. 
Saya boleh sediakan 1 set walkie talkie. Juga pada ride 29hb Mei ini, saya akan sediakan First Aid kit yg mampu saya sediakan: goze,bandage,heating cream,burnol dll.
Nampak gaya....kita jadi GENG TANGGUNG BARANG pulak..Maaf kalau celoteh ni panjang pulak....
ĜŢß ✈ Gimme The Bike ☛ Going To Bum ☞ Graze The Bike ♥ Give The Best ........Just For fun and Good Nite Guys and Gals !!!!



Tragedi  21 may 2011
Tulang bahu Patah..




From Bro Adrus

Wednesday, 18 May 2011

Kayuh Lasak Hilton ke Iron Cross 15 May 2011

Salam GTB.  Kayuhan kali ini agak mencabar, happening, nak kata santai tak sgt. nak kata  penat pun ada gak.  Aku siap mandi air terjun lg. Seramai 38 ahli GTB berkayuh dari JKR Titi Serong naik  ke Hillton. lepastu turun ke Air Hitam Dam..kemudian  kayuh naik  ke Iron Cross.. hak tu yg penat sgt tu...lepastu  turun balik ke Hilton.. kalu di ikutkan kayuh tu tak lama sangat tp semangat setia kawan tu memang best ar....  Bermula dari kul 830 pagi kayuh, check point byk sgt ade yg nak pitam pun ada.. selamat takdak yg muntah.









Waktu ni Bro Ann kita dok bg breifing nak kayuh naik hilton. Kayuh  kayuh gak tapi keselamatan kena ar jaga. 



Macam macam ragam dok ada. ni baru nak sampai check point pertama. 
time ni angin dok byk lg..


  







semua ni depan camera je belakon .  ade yg tunjuk peace. best  la , mcm mcm peel.. padahal dah semput dah time  ni...


 
Bro Zai yg helmet tengkorok tu. time dok wat joraa.. satgi pasal dia la kayuh jadi lambat heheh. rantai putus laa. mcm2...




 awal awal  semua muka senyummmm... heheh baju tak peluh lg..  





Check Point Pertama... ;) semua muka ala senyummmmm.. awal lg senyum arr.




check point  1 1/2  pokok cempedak . dekat setengah jam lepak.




erkkk sampai buang baju ar.. erm ni tak sampai lg check point ke 2.


ada yg bergambar lg. bila laa nak sampai camni





Check Point ke 2. Hilton. macam2 ragam dok ada kat sini. 



hak ni tak tahan ni. tarian perut pun ade :) tgk Vidoe kat bawah ni.

kemudian kami turun lak ke Air Hitam Dam.. 
di akhir Video ni . Bro Adrus kita wat aksi tungging buyong. aku tak dan rakam lak. ermm



time ni laa semua dok tunjuk kehebatan berkayuh mendaki bukit.. nak gi Iron cross, ade yg tolak. ada yg berlakon kayuh bila cameraman ambik pic.



Check point 2 1/2 hehe  bukan berhenti saje worr.. ade yg mandi pun ada..


kan dah cakap.  ade yg mandi.. president GTB ngan anak dia mandi sungai..


ni dok wat ape lak ni lam hutan... mesti nak mandi nii

tp aku pun terjun gak.. Air terjun best niii... leh urut badan yg lenyuh2.  Aku , bro anuar nfan Bro Joe.. sempat lg urut badan dengan air terjun ;)





 Ini tandanya setia  adik kepada abg.. sanggup teman naik moto. takut abg jadi ape ape..  
yg betul nya adik tak larat kayuh . tu yg naik moto


Check Point 3.. atas bukit Iron Cross... dok semua letih dok tunggu kawan2 yg len tak sampai lg.

ni pulak tok pawang merangkap ketua geng tungging buyong dok bagi mantera kat along.. 
kena pacat je pun . heheheh tapi gaya tu perghh

pasal  dia ni laa  kita semua lambat. heheh ;) 

time ni dok briefing pasal nak kayuh offroad pulak  ke Iron Cross.. 


 aku last skali kayuh. dok ikut pungkoq Bro kuri hehehe . video ketaq sikit. cameraman berkayuh sambil ambil video


padan muka aku.. kena penyegat kat mata.. bengkak sebelah ar... tp kesian kat Bro Ann. dia kena penyegat sampai pi jumpa doktor enjection 2 jarumm. :)

Cuba teka.. pungkoq sape?????????? siap kemut lg..

Pic of the week.. 



kayuh ni mengambil masa selama 5 jam.. kami tiba di kedai Kahar pada jam 130 tgh ari.. 
aku sampai rumah pun dekat kul 3 .. huhuu leteyyy